Sunday, July 30, 2017

PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)




NAMA PENSYARAH: PUAN LIYANA


NAMA KUMPULAN:

1. MUHAMMAD ADRIZAINI BIN ANUAR (02DEE17F1095)
2. IZZUL ERFAN BIN NOOR AZMI (02DEE17F1026)
3.JEFRI BIN MISLAN (02DEE17F1137) 
4.MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN AZMI (02DEE17F1161)
5.
6.




PERANAN KOMANWEL,PBB DAN NAM.



KOMANWEL



LAMBANG KOMANWEL






BENDERA NEGARA KOMANWEL



Definisi

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.
Sejarah

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

 Matlamat komanwel

 Penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan,pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian, dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.

       Peranan Komanwel
  1. Sejak menjadi ahli Komanvel pada tahun 1957, Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu Aparteid di Afrika Selatan.
  1. Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
  1. Dalam persidangan ini, selain membincangkan isu Aparteid, kemerdekaan Namibia,masalah dadah,kebuluran dan kemiskinan di Afrika Selatan, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat,konflik Afghanistan dan Kampuchea.


KESAN POSITIF

            • Membantu membangunkan program sukan negara melalui tajaan daripada pihak swasta dengan menyediakan dana kewangan yang besar
            • Melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia melalui tajaan dan sokongan pihak korporat
            • Menyediakan peluang pekerjaan menerusi sektor-sektor yang berkaitan dengan sukan seperti pelancongan, perhotelan, penyiaran dan perkilangan
            • Mempromosikan negara ke seluruh dunia melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa 



             KESAN NEGATIF

            •  Mementingkan keuntungan dan mengetepikan nilai-nilai murni yang ingin dibentuk melalui sukan
            • Melahirkan atlet yang kurang jati diri, komitmen dan semangat patriotisme kerana mereka hanya mengejar kebendaan




            PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)







            Pengenalan
            Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
            PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

             Sejarah
            Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.
            Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
            Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.
            Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.

            MATLAMAT-MATLAMAT UTAMA PBB
            • Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia
            • Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial  dan kebudayaan
            • Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum,jantina atau agama.


            PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH PBB
            • Majlis Perhimpunan Agung
            • Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui   kuasa veto.
            • Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
            • Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
            • Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

            STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PBB BAGI 
            MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DIGARISKAN


            • Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
            • Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
            • Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
            • Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan  Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  OrangOrang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa  Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
            • Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
            • Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.
                  Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB.  

                  Badan-badan PBB yang utama

              (1)          Majlis Perhimpunan Agung
              (2)          Majlis Keselamatan
              (3)          Majlis Amanah
              (4)          Majlis Ekonomi dan Sosial
              (5)          Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
              (6)          Sekretariat



            KEPENTINGAN MALAYSIA DALAM PBB :

            1. Malaysia telah mendapat bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan Rancangan Felda, aktiviti pembangunan sosial dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Bank Dunia telah memberi bantuan pakar ekonomi bagi membantu masalah ekonomi di Malaysia.
            2. Semasa proses pembentukan Gagasan Malaysia, kepentingan yang diperoleh ialah apabila PBB telah membentuk satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore yang bertujuan untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan ke dalam Gagasan Malaysia setelah mendapat bantahan dari Negara Indonesia dan Filipina walaupun hasil kajian lewat kerana timbul beberapa kerumitan dalam menjalankan tinjauan tersebut.
            3. Melalui penyertaan dalam PBB , Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat daripada semua negara di dunia.
            4. Sebagai Negara ahli PBB, Malaysia turut memdapat kepentingan melalui Majlis Ekonomi dan Sosial PBB seperti UNESCO, WHO, FAO, dan ILO. Contohnya WHO telah memberi bantuan dalam bidang kesihatan dengan menghantar pakar-pakar perubatan serta pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. Buktinya WHO telah menunjukkan kejayaan menghapuskan penyakit malaria dan taun di Malaysia.

            PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

            Image result for logo pergerakan negara-negara berkecuali (nam)             Image result for logo pergerakan negara-negara berkecuali (nam)





            Latar Belakang
             Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.
             Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
             Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
             Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
             NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka).
             Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:
            1.  Hormati integri kawasan;
            2. Saling tidak menceroboh antara Negara;
            3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
            4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
            5. Mewujudkan keamanan.
             Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
            Tujuan Penubuhan Nam
            1. Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
            2. Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
            3. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
            4. Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
            5. Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
            6. Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
            7. Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.

            SIDANG KEMUNCAK NAM


            • Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
            • Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
            • Persidangan ke–tiga  – Lusaka, 8-10 September 1970
            • Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
            • Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
            • Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
            • Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
            • Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
            • Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
            • Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
            • Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
            • Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
            • Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

             ANTARA MERSYUARAT YANG 

            DIADAKAN


            Mesyuarat pertama NAM

            1. Diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan
            2. Melibatkan penyertaan 25 ahli, 11 daripadanya datang dari Asia dan Afrika, bersama  sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus.
            3. Berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme. 

            Mesyuarat berikutnya

            1. Diadakan di Kaherah pada 1964.
            2. Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara  Afrika yang baru merdeka.
            3. Membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

             Mesyuarat ketiga

            1.  Diadakan di Lusaka
            2.  Perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM
            3.  Menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik
            4.  Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam  perhimpunan ini.

             * Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain. 
            * Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. 
            * Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. 
            *Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden. 

            10 PRINSIP NAM 


            1.  Menghormati hak asasi manusia serta prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
            2.  Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara.
            3.  Mengiktiraf persamaan ras dan negara samada kecil atau besar.
            4.  Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain. 
            5. Menghormati hak setiap negara mempertahankan dirinya secara bersendirian atau berkumpulan selaras dengan piagam PBB.
            6. Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.
            7. Mengelakkan ugutan pencerobohan atau kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau kebebasan politik sebarang negara.
            8. Menyelesaikan pertikaian antara negara dengan cara aman.
            9. Menggalakkan kepentingan dan kerjasama bersama.
            10. Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa

             PERANAN MALAYSIA dALAM NAM

            1.  Menggalakkan negara membangun terus bersuara tentang masalah yag dihadapi dan mengekallkan keamanan dunia;
            2.   Mengadakan diplomasi pelbagaian melalui PBB;
            3. Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan;
            4.  merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota;
            5.  menyertai mesyuarat NAM di Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda;
            6.  Sidang kemuncak NAM diadakan di Kuala Lumpur pada 2003 dan mengisytiharkan Deklarasi Kuala Lumpur yang menggalakkan kerjasama multilateral anata negara anggota; 
            7.  mewujudkan pejabat perwakilan di Ethiopia, India, Nigeria, Sri Lanka, Yugoslavia dan Mesir;
            8.   melancarkan “portal e-Sektretariat NAM 2004” yang bertindak sebagai pengkalan data;
            9.  Menganjurkan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar berkenaan Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004 dan di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004; 
            10.  menggabungkan penyataan tentan Palestin dalam dokumen Muktamad; 
            11.  menghadiri Persidangan Afro-Asia di Bandung, Indonesia pada tahun 2005.

            KESIMPULAN

               Kesimpulan keseluruhan sejarah ini,sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara sendiri.Hal ini kerana,sesuatu yang berlaku di sekeliling kita akan memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat Malaysia pada masa ini atau pada masa yang akan datang.Antara isu-isu yang diberi tumpuan penting oleh kerajaan Malaysia pada masa ini adalah tentang dasar luar negara,isu pembangunan alam sekitar dan juga pembangunan modal insan.Ketiga-ketiga tersebut merupakan perkara utama yang boleh menentukan hala tuju pembangunan negara.Jika ketiga-tiga perkara ini tidak diberi perhatian,ia mungkin akan memberi kesan kepada pembangunan,politik,ekonomi dan sosial negara.


            RUJUKAN

            1. Buku teks Pengajian Malaysia
            2.http://dasarluarmalaysia.blogspot.my/
            3.https://dayahbahrin.blogspot.my/2016/08/pengajian-      malaysia_9.html


            LAMPIRAN


            Image result for berita komanwel dalam surat khabar    Image result for berita malaysia dalam pbb



            Image result for berita malaysia dalam pbbRelated image